Cerpen M.F Kencana sebagai bahan bacaan kenangan

Tinta mantan mpr 2006 pada 12/25/2006 08:12:00 PM

25 December 2006

KATAK DALAM TEMPURUNG
Karya: Mohd Fairuz Padoli @ M.F Kencana
(Peserta MPR 2006)


Sedang alam hutan menghijau menghampar keindahan yang Esa, Tersebutlah

kisah di sebuah belukar hutan rimba, terdapat sebuah negara katak yang maju. Terdapat

kaum-kaum katak yang tinggal aman damai dengan keluarga mereka.

Kelihatan beberapa ekor katak hijau sedang melompat-lompat gembira

menari-nari diiringi muzik rancak terpekik dan terlolong seperti memanggil hujan.

Mereka terdiri dalam kumpulan katak Black Metal

yang digeruni oleh puak-puak katak yang lain kerana sering melakukan kekacauan.


Di atas rimbunan pokok pula, beberapa ekor syaitan tersenyum memerhatikan

katak-katak itu.


“Bodoh punya katak, ha…ha,” kata salah seekor syaitan itu yang bernama Sharon.

“Nanti kita rancang sesuatu nak kenakan katak-katak ni,” balas rakan syaitan itu

yang bernama Bush sambil diperhatikan oleh ketua mereka yang bernama Firaun.

Syaitan-syaitan itu bergayut-gayut didahan pokok. Wajahnya hodoh bengis bertaring dan

bertanduk panjang manakala ekornya panjang mencecah kaki.


“Yeh,yeah!” jerit katak hijau bernama Punk sedang melompat-lompat sambil

menghenjut-henjutkan badannya. Katak-kataknya yang lain juga sepertinya tidak tentu

hala melompat-lompat terumbang-ambing seperti dirasuk sesuatu.


Sedang asyik mereka menari-nari, tiba-tiba mereka terkejut berpandangan sama

sendiri kerana muzik tiba-tiba berhenti.
“Hei bodoh, apasal kau matikan muzik kami?” kata katak bernama Punk itu

dengan nada kasar memandang seekor katak berwarna hijau cair badan menggerutu yang

kelihatan tenang sahaja.

Sekumpulan katak yang di ketuai oleh katak hijau bernama Punk itu melompat-

lompat menuju ke arah katak berwarna hijau cair itu dengan perasaan marah.


“Apahal kau ganggu kami?” tanya katak bernama Punk dengan nada angkuh.

“Saya tak ganggu kamu. Cuma kamu yang ganggu saya dan keluarga saya. Kamu

memekak macam katak gila tak tentu arah mengganggu anak dan isteri saya dirumah,”

balas katak berwarna hijau cair berbadan menggerutu itu.


“Tak guna kau, memang nak kena ni!” kata katak Punk yang cuba hendak

menerkamnya.

Tiba-tiba, sekumpulan katak dari kumpulan Nazi dan SkinHead datang ke arah

mereka.

“Apa ni kecoh-kecoh, dah kau pergi balik!” kata katak bernama Nazi kepada

katak berwarna hijau cair berbadan menggerutu.

Dia hanya berdiam diri. Dia tidak mampu untuk melawan katak-katak samseng itu

dan berlalu pergi dengan raut wajah hampa.


“Hello geng, jom sambung muzik,” kata katak bernama Punk . Muzikpun

dimainkan semula. Ketiga-tiga kumpulan katak yang diketuai oleh Punk Nazi dan Skin

Head ini menari-nari dengan rancak. Mereka leka berjoget dengan tarian muzik yang

mengasyikkan. Tiga ekor syaitan yang bergayut di atas pokok itu pula berbisik sama

sendiri hendak melancarkan sesuatu.
“Aturkan strategi,” bisik Sharon kepada Bush sambil diperhatikan oleh Firaun.

Syaitan bertiga itu melompat terjun dari atas pokok menuju ke arah tiga kumpulan

katak-katak samseng itu. Mereka terkejut melihat lembaga aneh bertanduk dan berekor

dengan wajah mengerikan tiba-tiba muncul dicelah-celah mereka.


“Siapa kau?” tanya katak bernama Punk sambil diperhatikan oleh Nazi dan Skin

Head. Mereka pelik melihat lembaga aneh bertanduk dan berekor itu.

“Akulah syaitan atau iblis. Kita boleh jadi sahabat?”

“Untuk apa kita bersahabat?”

“Untuk berhibur sama-sama. Kami akan buat anda semua menjadi seronok

berhibur,” kata Sharon

“Macammana tu?” tanya ketua kumpulan katak bernama Nazi ingin keterang

lanjut.

“Sebentar ya,” pinta syaitan bernama Bush.

Ketiga-tiga ekor syaitan itu meninggalkan kumpulan katak-katak tersebut.

Mereka pergi mencari tempayan besar kemudian dibawanya tempayan itu kepada

kumpulan katak-katak samseng itu.

Kesemua katak-katak itu hairan melihat syaitan-syaitan membawa tempayan

besar . Syaitan-syaitan itu berdiri mengelilingi tempayan itu dan membuang air kencing

di dalam tempayanperlahan-lahan. Selepas selesai membuang air kencing di dalam

tempayan, syaitan-syaitan itu tersenyum sambil memandang katak-katak yang tercengang

melihat kelakukan aneh mereka.

“Buat apa ni?” tanya Nazi

“Inilah air hikmat. Air kencing kami yang berkhasiat membuatkan anda semua

keseronokan berhibur,” jelas Bush

“Ya, jika kamu minum air kencing kami, diri kamu dan badan kamu akan cergas.

Kamu akan mempunyai banyak tenaga untuk berhibur dan menari,” sambung Firaun

“Betul ke ada tenaga hikmat ni?” Skin Head ragu-ragu.

“Cubalah. Air kencing kami memang ada hikmat untuk memberikan kamu semua

tenaga yang lebih banyak. Cubalah dulu. Kami beri percuma tak payah bayar,” terang

Sharon pula.

Dengan bodoh dan lurus bendulnya, katak-katak samseng ini menurut kehendak

syaitan-syaitan itu. Seekor demi seekor katak-katak itu meminum air kencing syaitan

Bush, Sharon dan Firaun.

Setelah selesai, kesemua katak-katak bodoh itu terhuyung-hayang tidak sedarkan

diri. Mereka mabuk dan seronok kegembiraan yang tidak pernah dikecapi selama ini dan

mengucapkan terimakasih kepada syaitan-syaitan itu.

“Bagaimana, seronok?” tanya Bush kepada katak-katak yang sedang mabuk itu.

“Ya, kami seronok sangat. Kami rasa dunia ini kami yang punya,. Ha…ha…,

ayuh kawan-kawan mari kita berhibur.”

Kesemua katak-katak itu seronok melompat-lompat riang kegembiraan sedang

tiga ekor syaitan durjana itu ketawa terbahak-bahak melihat kebodohan katak-katak yang

termakan dengan tipu daya mereka.

Tidak lama kemudian, katak-katak tersebut kepenatan dan berhenti rehat sejanak.

Mereka lemah dan mabuk. Fikiran mereka berputar ligat Kemudian, tiga ekor syaitan itu

datang kepada mereka semula untuk berkata sesuatu.

Syaitan-syaitan itu kemudiannya menyuruh semua katak-katak yang mabuk itu

menambahkan lagi tenaga mereka dengan meminum lebih banyak lagi air kencing

syaitan.
Tanpa membantah, kesemua katak-katak bodoh itu yang diketuai oleh kumpulan

Punk, Nazi dan Skin Head menurut kehendak syaitan-syaitan itu. Bush, Sharon dan

Firaun ketawa berdekah-dekah melihat rancangan mereka berjalan lancar.

“Ya katak-katak sekalian, sekarang dunia ni kita yang punya. Buatlah apa sahaja

yang kamu suka. Mari kita berhibur,” kata Bush menghasut katak-katak itu

Katak-katak yang semakin mabuk itu merusuh tidak tentu hala memusnahkan

kehidupan rimba katak. Seluruh kampung katak seperti dilanda bencana apabila

sekumpulan katak-katak mabuk ini seperti mengamuk-ngamuk memusnahkan harta

benda awam. Habis tunggang langgang penduduk setempat rimba katak

Katak-katak lain yang tidak bersalah menjadi mangsa mereka. Lebih

menyedihkan, anak-anak katak penduduk rimba itu ada yang melompat-lompat menangis

kesedihan melihat rumah merka musnah diserang katak-katak samseng. Sekumpulan

katak-katak mabuk ini kemudiannya menuju ke arah sungai berhampiran menurut

kemahuan syaitan-syaitan.

Ketiga-tiga ekor syaitan itu dengan mendabik dada seronok melihat rancangan

mereka menganiaya katak-katak tersebut berjalan lancar dan sedang mengaturkan

strategi seterusnya.

Di lembah sungai itu, terdapat sebuah perkampungan ular yang diketuai oleh ular

Sawa dan beberapa pemimpinnya yang lain seperti ular tedung dan sebagainya.

Kebetulan pada hari itu merupakan hari cuti bagi masyarakat ular kerana menyambut

ulang tahun raja ular iaitu ular Sawa. Jadi, mereka hendak mengadakan jamuan ringkas.

Ketiga-tiga ekor syaitan itu menyuruh semua katak-katak samseng yang mabuk

itu berkumpul di permukaan air sungai. Mereka menyuruh katak-katak itu berlumba

berenang seperti `merempit` untuk menunjukkan kehebatan mereka siapa diantara

mereka yang handal akan menjadi juara.

Katak-katak itu seronok dengan cadangan syaitan-syaitan itu. Kesemua katak-

katak itu bersedia di garisan permulaan untuk `merempit` menuju ke garisan penamat.

Syaitan bernama Bush itu meniup wisel dan katak-katak tersebut mula berenang

memecut kelajuan masing masing menuju ke garisan penamat. Masing-masing seronok

berenang-renang tanpa memikirkan malapetaka yang akan berlaku kepada mereka

beberapa detik lagi.

Ketika mereka hampir ke garisan penamat, kesemua ular-ular daripada

perkampungan ular di ketuai oleh ular Sawa, ular Tedung dan puak-puai ular yang lain

menyerbu katak-katak mabuk itu.

Katak-katak itu cemas dan lintang pukang melompat-lompat di permukaan air

untuk menyelamtkan diri. Kebanyakan daripada mereka ditangkap oleh ular-ular sebelum

dijadikan makanan untuk jamuan hari ulang tahun raja ular iaitu ular Sawa.

Kesemua katak-katak itu menjadi makanan kaum ular keceuali tiga ekor katak

iaitu Punk, Nazi dan Skin Head yang terselamat dengan melompat ke tebing sungai.

Mereka bertiga merupakan ketua kumpulan setiap katak-katak tersebut.

“Mujurlah kita selamat. Tak guna punya syaitan. Habis kawan-kawan kita mati

menjadi makanan ular.” keluh katak bernama Punk sambil diperhatikan oleh rakannya

Nazi dan Skin Head

Sambil itu ketiga-tiga ekor syaitan itu bergayut di dahan pokok memanggil-

manggil dengan mengejek katak-katak malang itu.

“Oi, katak bodoh! Sedap minum air kencing kami? Ha…ha… Kamu masih belum

selamat. Lihat sana,” kata Syaitan bernama Sharon menunjukkan ekornya ke arah

sekumpulan katak-katak yang terdiri daripada penduduk rimba katak yang musnah akibat

perbuatan katak-katak samseng itu.

Katak-katak Punk, Nazi dan Skin Head itu terkejut menggigil ketakutan. Mereka

sudah tidak ada jalan lagi untuk melarikan diri.

Penduduk rimba katak itu menangkap katak-katak samseng itu dan

menyerahkannya kepada pihak berkuasa katak untuk tindakan undang-undang.

Ketiga-tiga ekor katak itu dibawa kemuka pengadilan untuk tindakan lanjut. Oleh

kerana kesalahan mereka merusuh dan memusnahkan rimba katak-katak, mereka

dipenjarakan seumur hidup di dalam penjara tempurung sebagai pengajaran.

Selepas selesai pembicaraan, pihak mahkhamah katak dengan itu

menguatkuasakan hukuman penjara di dalam penjara tempurung pada hari itu juga.

Warden penjara memasukkan katak-katak tersebut didalam tempurung besar.

Katak-katak tersebut terkurung dipenjara tempurug itu sepanjang hayat mereka.

Ketiga-tiga ekor syaitan itu iaitu Bush, Sharon dan Firaun ketawa terbahak-bahak di jeriji

besi penjara tempurung sambil diperhatikan oleh katak-katak malang itu dengan raut

wajah sayu.

Ketika ini, penduduk kampung ular sedang meriah meraikan ulang tahun raja ular

dengan menjadikan katak-katak sebagai sajian istimewa mereka. Demikianlah epik katak

dalam rimba katak. Gara-gara terpedaya dengan tipudaya syaitan, katak-katak samseng

ini telah dopenjarakan seuumur hidup di dalam tempurung manakala rakan-rakannya

yang lain telah mati menjadi sajian jamuan ular.


p/s:maaf tak diperelok paparan entri ini, moderator sedikit malas . -Faizal-

3 komen:

Nisah Haji Haron said...

Salam buah semua,

Ini komen saya :

Cerpen ini kategori cerpen satira. Dalam penulisan cerpen satira, pengarang biasanya cuba membuat gantian kepada watak-watak sebenar yang wujud dengan menggunakan watak-watak yang berbeza. Dalam cerpen ini, katak-katak tersebut mewakili kumpulan remaja yang rosak akhlak dan melakukan perkara-perkara negatif seperti mengikuti kumpulan muzik metal, punk & skinhead. Kemudian katak-katak ini juga dikatakan merempit dan mengganggu kehidupan katak-kata sekeliling.
Percubaan cerpen ini sungguh baik. Memang jarang cerpen digarap dengan sedemikian rupa.

Walau bagaimanapun, perlambangan-perlambangan yang digunakan terlalu langsung sifatnya. Pengarang tidak mengerah kreativitinya untuk mencipta sesuatu yang boleh melambangkan kumpulan-kumpulan yang dinyatakan. Nama-nama seperti Bush, Sharon & Firaun itu sudah terlalu biasa dan pembaca dengan segera dapat menangkap dan menebak kesudahan cerita apabila penulis ‘membuka’ suspens cerita terlalu awal.

Begitu juga dengan istilah seperti ‘merempit’. Ini yang dinamakan aspek pemberitahuan kepada pembaca. Ingat pesanan saya dahulu. Lebih baik kita memerihal / menceritakan daripada kita memberitahu. (It is better show the audience what happened, rather than to tell them what actually happened.). Biarkan pembaca itu yang membuat kesimpulan daripada apa yang digambarkan pengarang.

Sebagai contoh : jika hari sudah senja. Pengarang boleh saja menggambarkan keadaan pada petang hari sebelum matahari terbenam. Gambaran suasana itu lebih kekal dalam minda pembaca kerana pembaca terpaksa ‘membuat kerja’ untuk membayangkan keadaan tersebut. Kemudian pembaca akan menafsirkan sendiri bahawa hari sudah petang.

Itulah seni dalam penulisan kreatif. Lesen untuk berkreatif itu sangat besar. Mengapa disempitkan penggunaannya.

Saya percaya, pengarang boleh pergi lebih jauh lagi dalam menghasilkan cerpen-cerpen yang bermutu.


p/s : Cerpen Zulfazlan, lepas ni, no!

Anonymous said...

Katak punk?Mungkin boleh diganti dengan 'katak berjambul'. Hehhehe...

Ini satira yang tidak cukup satira. Mahu camouflage tetapi nampak ketara sangat. Percubaan yang baik, anyway. Cuma belum pernah dengar 'katak dalam tempurung'.How pathetic!

Kak Rai.

Anonymous said...

wah cemburu2 bila ramai2 dah hantar karya...
saya tgh menyelit mencari ruang waktu.. tolong!!!!
semesta baru menghimpit ruang nafas untuk menulis... sob2.