Pantun Penghulu

Tinta mantan mpr 2006 pada 12/23/2006 05:03:00 AM

23 December 2006

PANTUN UNTUK MPR 2006.

MASAK GULAI BERSAMA PENGAT,
RESIPI ISTANA BERABAD DAHULU,
TEMPAT JATUH LAGIKAN DIINGAT,
INIKAN PULA TEMPAT BERGURU.

SESEGAR NAILOFAR BUKU TERLARIS,
RONA BOSPORUS TAK JEMU DIBACA,
TAKKAN MUNGKIN RANTAIAN TERHAKIS,
MEMORI TERSEMAT ABADI SELAMANYA.

DATANG ANYYSS DARI KAYANGAN,
STREN DATANG MEMBUAT CELARU,
WALAU JAUH DARI PANDANGAN,
SMS ADA MESEJLAH SELALU.

ZURINAH HASSAN PENULIS TERBILANG,
RAIHANI SAAID SI NAKAL YANG SATU,
TAKKAN KENANGAN BISA MENGHILANG,
ANDAI UKHWAH DISUBUR SELALU.


PESANAN: PANTUN DI ATAS HANYA REKAAN SAHAJA. TIADA KAITAN
DENGAN SESIAPA PUN ( KALAU RASA-RASA MACAM ADA PUN
TAU-TAU SENDIRI LA
YE) :-)

CORETAN IKHLAS:
ZULFAZLAN JUMRAH

4 komen:

Anonymous said...

Untuk Tok Penghulu dan adik-adik protege,

Saya menambang perahu Melayu
nasi kunyit buat hidangan
bunga kembang lagikan layu
sahabat baik berubah jangan.

Lan, masuk http:zurinahhassan.blogspot.com.Ada gambar ngko mandi hehehe...

Rai The Alien.

Nisah Haji Haron said...

Genggam pantun ini sampai bila-bila :

Penakik pisau raut,
Ambil galah batang lintabung,
Seludang dijadikan nyiru;
Setitik dijadikan laut,
Sekepal dijadikan gunung,
Alam terkembang dijadikan guru.

Insya-Allah, idea dan ilham tidak akan putus di tengah jalan...

Anonymous said...

Anak ikan di celah batu
anak udang ditangguk nyonya
memang nakal anak sulung zurinah tu
suka menumpang di weblog ibunya.

:-)

Anonymous said...

Ribu-ribu kota raja
sayang selasih dimakan kuda
jangan ditabur dengan duri
Hanya ibu tempat bermanja
menumpang kasih sementara ada
Sedang on the way blog sendiri!

Janganlah jealous, orang ada mak...hehhehe!Pada semua, doakan segala 'road block' beta segera sirna supaya blogku dapat dizahirkan adanya.Kang dah siap, korang tak masuk lak...

-Rai Budak Nakal-