Sastera dan derita saudara kita

Tinta mantan mpr 2006 pada 12/27/2006 08:49:00 AM

27 December 2006

Ditaip pada waktu pagi oleh : Faizal

Sesungguhnya kita ini di hujung usia dunia yang semakin hari semakin tua. Bercakap tentang negara yang sudah hampir setengah abad merdeka, saya bukanlah orang yang layak, tetapi saya tidak mahu jadi manusia celaka yang tidak mengenang budi. Lalu tanyalah diri sendiri jika selama ini dan hari ini kita bersyukur dengan apa yang kita ada jika hendak kita bandingkan dengan saudara - saudara kita di sana yang sedang derita dan sengsara. Saya dan kita semua memang tidak mampu menangis melihat derita dan sengsara mereka, tetapi apa salahnya jika kita dapat merasai sedikit tempias kepayahan dan kesusahan yang mahu tidak mahu terpaksa juga mereka harungi.

Cukuplah kita melihat senario Palestin dan Lubnan sebab kita (sesiapa yang lahir selepas merdeka dan tragedi 13 mei )tidak pernah melalui peristiwa berdarah seperti yang terjadi di Palestin dan Lubnan mahupun 13 Mei yang harapnya tidak berulang lagi. (jika berulang, bersediakah kita?Bolehkah kita diharap menjaga maruah bangsa dan agama?)

Sahabat - sahabat yang dirahmati Ilahi,
Kita ini hijau dalam alam sastera (mentor - mentor taklah, mentor - mentor semua hebat belaka), dalam pada kita berkarya, apa salahnya jika kita aktif bersuara bercerita tentang derita saudara-saudara kita di sana.Bangkitkan kesedaran dikalangan rakyat Malaysia betapa saudara-saudara seagama di sana berharap pada kita sekurang - kurangnya melalui doa - doa kita,maka karya - karya kita juga boleh menjadi sebahagian daripada doa - doa kita.

Sahabat - sabahat yang dimuliakan,
Kita semua sedia maklum, Islamnya kita bermakna kita ini saudara kepada orang Islam yang lain, tidak kiralah di mana mereka menetap, berapa usia mereka, apa status mereka.Islam pada nama sahaja tidak cukup, maka iman dan taqwalah yang akan mengukuhkan lagi persaudaraan kita. Secara jujur, saya terkesan dengan perjuangan Hamas dan Hizbullah, jika sahabat-sahabat ada kesempatan boleh cuba dapatkan sebuah buku bertajuk "HAMAS, Daripada Underground Kepada Parti Pemerintah". Betapa perjuangan atas nama Allah dan Rasul menjadi landasan utama dan betapa dengan pendirian tidak sekali - kali mengiktiraf Israel. Ini perjuangan mereka dan perjuangan kita juga, dan InsyaAllah dapatlah kita salurkan suara perjuangan ini melalui puisi - puisi dan prosa - prosa yang kita hasilkan.

Sahabat - sahabat budiman,
Saya bukan yang terbaik untuk berbicara tentang maruah agama,bangsa dan negara. Cuma dengan sedikit rasa yang tersimpan, apa yang saya perkatakan di atas adalah secangkir pengetahuan yang saya ada untuk saya kongsi bersama - sama sahabat sekalian. Moga-moga karya-karya kita bakal jadi amal jariah, InsyaAllah.

2 komen:

Nisah Haji Haron said...

Salam sahabat penulis semua,

Baguslah kalau ramai yang ada kesedaran seperti yang ditulis moderator ini. Kesedaran begini boleh membangkitkan kita untuk menulis sesuatu yang di luar lingkungan yang peribadi sifatnya. (Ayat yang selalu saya gunakan - fikirlah depan sikit daripada batang hidung sendiri!)

Apabila kita sudah ada kesedaran tersebut (yang tumbuhnya dari dalam, dan bukan dibuat-buat), secara tidak langsung kita akan terkesan dengan mana-mana bahan bacaan yang berkaitan dengan topik tersebut.

Kesedaran yang perlu wujud ini bukan sahaja sekadar perang dan bahayanya. Jihad dan perjuangan itu juga boleh wujud dalam perspektif yang lebih kecil, misalnya jihad melawan hawa nafsu yang selalu menggelincirkan kita, ataupun perjuangan mengekalkan warisan tradisi yang semakin pupus.

Semua ini apabila dibuat secara konsisten/tekal ataupun penuh istiqamah, akan membina jati diri seorang penulis.

Jadi, pilihlah satu bidang/minat yang sejati dengan diri, tumpukan dan mulakan di situ. Jika sudah ada keyakinan, beralihlah dan berkembang kepada gaya penulisan / bidang yang lain supaya anda dikenali sebagai penulis yang versatil.

Wallahu'alam.

Anonymous said...

"Semua ini apabila dibuat secara konsisten/tekal ataupun penuh istiqamah, akan membina jati diri seorang penulis.

Jadi, pilihlah satu bidang/minat yang sejati dengan diri, tumpukan dan mulakan di situ. Jika sudah ada keyakinan, beralihlah dan berkembang kepada gaya penulisan / bidang yang lain supaya anda dikenali sebagai penulis yang versatil."


INSYAALLAH..