foto

Tinta mantan mpr 2006 pada 12/19/2006 10:38:00 AM

19 December 2006

INILAH KAMI
belakang dari kiri: Amli, Azree, Faizal, Firdhaus, Fairuz,Saufi, Zulfadli, Shairazi
tengah dari kiri: Azma, Habsah, Nabiha, Fieda, Yana, Sal, Wani, Nissa', Hidayah, Zarina, Hafizah, Safi
depan: Izzah (kiri sekali), Fazlan (kanan sekali)

Mentor: Kak Rai (empat dari kiri), Kak Nisah (lima dari kiri), Abang@Ustaz Zaid (dua dari kanan), Abang Lutfi (tiga dari kanan)
tiada dalam gambar: Abang Shamsudin

bersama SN S.Othman Kelantan

12 komen:

Anonymous said...

Assalamualaikum mantan MPR, baik protege mahupun mentor dan yang sewaktu dengannya.

Tahniah untuk blog MPR dan selamat mencipta sejarah.Harap diteruskan dan jangan pencen sebelum waktunya!InsyaAllah 5 Januari 2007 saya akan berpuisi sempena protes penggabungan Utusan-NSTP di Rumah PENA (belakang DBP tu je). Diharap dapat hadir memberi sokongan. Bawa sepanduk ataupun pelanduk!

-Rai-

Anonymous said...

kak rai..
saya di terenggan.. susah nak datang. Cemburu pada sesiapa yang boleh bawa sepanduk tu.. hahaha

saya hantar semangat tengkujuh dari sini sajalah

-ainunl muaiyanah-

faizalnizam said...

yeah yeah.. kak rai.. orang pertama bagi komen.. tahniah tahniah.. selamat berjaya memprotes.. paper utusan hari ni kata ada kebaikan gabung utusan-nstp.. ye ke??

Anonymous said...

Salam mentor dan protege,
Kalau gabung utusan-nstp, maknanya ada satu paper je la.Senang sikit untuk 'dikawal'...faham2 je la. Kita tak ada lagi dah alternatif. Semua cerita kat paper disogokkan untuk dipercayai.Eh cakap lebih-lebih kang 'tak marak' api kawah aku....hehehe!(bahasa puisi tu- pinjam dari puisi Lan)

Yana, KUSTEM pun hantar wakil untuk teater MAKUM.TUtor teater KUSTEM kawan akak, Abg Jijie. Alah dia tu pelakon tv/filem yg femes gak.

Sapa ada gambar best2 masa MPR hari tu, kot la ada terambik gambar akak mandi ke hehehe...harap emel ke deppviggo@yahoo.com.

To be continued....

Anonymous said...

ni yang tak tahan ni.. ingatkan sem ini nak masuk teater la. boleh turun KL jumpa kak rai.. hahaha

nanti saya risik la. pastu saya 'lelong' nama akak kat dia ya. barulah dia berminat nak borak dengan saya (nakalnya kamu yana)

-ainunl muaiyanah-

Anonymous said...

Salam mentor protege,

Balik-balik akakkk ni juga (sengaukan suara) yang menjenguk di sini...dalam kalut, sibuk dan resah tetap juga kugagahkan. Bagi moral support. Kalau tidak daku, siapa lagi?Kalau tiada sekarang, bila lagi?Ewah!

Saja nak promote terutama kepada Faizal, Lan, Sopi dan Amli-jengahlah http://zurinahhassan.blogspot.com. Mungkin ada gambar yg familiar di sana. Mak sendiri pun ada blog...aku ni dok road block je!

Sesiapa yang terjumpa majalah InTrend edisi Disember (covernya Fazura), korbankanlah RM7.50 dan singgahlah ke m/s 14 serta m/s 140. Di m/s 140 tu artikel akak tapi by-line salah print.Sapa2 dah baca, harap boleh bagi komen. Kamasutra...bak kata Faizal!

Untuk Yana,
Terasa tiada jauh dan mudah dicapai tangan
ingin hati menjangkau
kiranya tinggi di awan
di wajahmu, kulihat bulan
yang mengintai di balik senyuman
jangan biarkan kutiada berkawan
hamba menantikan tuan...

-Rai-

faizalnizam said...

kat tempat saya ni payah la nak dpt majalah in trend.. dewan sastera pun susah nak jumpa.. kalau kak rai nak letak ape ape kat blog emel jerla yer.. saya ada bgtau dalam satu emel saya pada akak..

-faizal-

Nisah Haji Haron said...

Salam semua,

Amboi mak tuan! Hiruk pikuknya di sini. Rai, bila nak bikin blog. Nampaknya bonda awak dah mengatasi anda di bidang siber dalam segala sudut.

Gembira tengok protege ramai dah ada blog sendiri. Mudah untuk kita semua ikuti perkembangan masing-masing.

Tahniah atas wujudnya blog MPR 06. Harapnya, ia tidak sekadar panas dalam tempoh seminggu dua ataupun sebulan dua. Nanti korang dah masuk kuliah ataupun dah bekerja - habis cerita!

-Nisah Haron-

Nisah Haji Haron said...

Salam sekali lagi,

Untuk makluman, mantan MPR semua tahun pun ada yahoogroups sendiri. Untuk keterangan lanjut, silalah ke :

Post message: mantanMPR@yahoogroups.com
Subscribe: mantanMPR-subscribe@yahoogroups.com
Unsubscribe: mantanMPR-unsubscribe@yahoogroups.com
List owner: mantanMPR-owner@yahoogroups.com

Mungkin di sana anda boleh bertemu dan berkenalan dan semua mantan yang ada.

Terima kasih.

faizalnizam said...

salam buat kak nisah.. terima kasih atas maklumat berkenaan yahoogroups mantan mpr.. saya pun memang ada bercadang untuk adakan yahoogroups mpr 2006. tetapi buat masa sekarang masa berbelah sama ada nak wujudkan groups di yahoo groups atau di circles99, atau join je groups yang dah wujud tu.

-faizal-

Zaid Akhtar said...

Salam sukses semua.
Sekali menulis, terus menulis. Tapi jangan tulis karya pop, nanti abang Lutfi mengamuk. Baru hangpa tau! Hehehe.

Amboi Kak Rai, sibuk promosi show dia. Best ke? Protes jangan tak protes!

Anonymous said...

Salam bahagia,
Konon-kononnya Utusan nak panggil Mawi, Rosyam dan Erra untuk bersajak sekali sempena protes tu. (Sajak tak tau la sapa buat...hehehe).Buat sajak estetik sangat nanti, tak faham pulak depa.Kita ni nak protes, sambil senyum pun boleh protes.Betul tak Ustaz Zaid?

Kak Nisah, I ni nak sangat have my own blog. Tapi sekarang ni kena jadi 'kontraktor'...sapa faham, fahamlah!So for the time being, kacau blog orang je dulu.

-Rai-