Selembar bicara buat mantan mantan MPR 2006

Tinta mantan mpr 2006 pada 12/20/2006 03:34:00 PM

20 December 2006

coret coret pena Faizal

Sekali lagi dipanjatkan syukur ke hadrat Ilahi, blog mpr 2006 ni pun dah ada cuma nak memastikan blog ini dapat bergerak aktif mungkin memerlukan sedikit masa. Bukan semua mantan - mantan mpr mempunyai banyak masa untuk menghasilkan tulisan - tulisan atau coretan - coretan untuk diletakkan di blog ini. Di tambah dengan kekangan masa sebagai pelajar dan pelbagai kekangan lain, sudah tentu blog ini perlukan ruang untuk bernafas dengan baik.

Walau bagaimanapun, sebagai orang yang diamanahkan untuk menyelia blog ini, saya amat berharap rakan - rakan mantan mpr 2006 yang lain dapat meluangkan sedikit masa menulis untuk blog ini. Diingatkan sekali, segala tulisan rakan - rakan untuk blog mesti diemelkan terus ke mantanmpr06@yahoo.com kerana moderator - moderator blog akan periksa emel berkenaan sekerap mungkin dan tulisan - tulisan itu akan diletakkan di blog ini oleh moderator.

Buat masa sekarang memang saya ada banyak masa menulis untuk blog ini sebab cuti tak habis lagi. Jadi kepada rakan - rakan mantan yang punya akses internet yang baik, rajin - rajinkan hantar tulisan dan coretan anda ke emel yang telah disebut di atas untuk dipamerkan di blog kita ini.

Sekian buat kali ini.

4 komen:

Anonymous said...

aduhai..
kasihan faizal..
sabar ya..
usai minggu ini saya punya banyak masa utk menulis
masih ralat dengan pendaftaran sem baru serta jadual kuliah yang berbaur dengan keliru

faizalnizam said...

takper takper.. take the time.. cuma belum dengar khabar daripada rakan - rakan lain dan masih menunggu tulisan - tulisan drpd mereka utk diletakkan di blog

Anonymous said...

Assalamulaikum,

Tahniah abang Shahrun ucapkan atas kewujudan blog MPR 2006 ini, khususnya pada Faizal yang berjaya bina blog ini dengan pantas. Insya-Allah nanti abang akan war-warkan sebarang maklumat daripada DBP untuk adik-adik semua!

faizalnizam said...

wsalam abg Shahrun. Terima kasih sebab jenguk blog yang baru beberapa hari beroperasi ini.. sebarang maklumat abg shahrun boleh emelkan ke mantanmpr06@yahoo.com dan segala maklumat akan saya letakkan di blog ini..

-faizal-