bingkisan kata dari azma

Tinta mantan mpr 2006 pada 3/24/2007 03:49:00 PM

24 March 2007

Oleh : Azma

Assalamualaikum. Buat teman-teman yang ku hormati sekalian. Semoga kalian ceria-ceria selalu. Tak kira lah walaupun hujan atau panas. Tapi rasanya dah musim kemarau dah hampir berakhir.Hmm bagaimana pula dengan teman-teman yang mngetahui keputusan SPM. Harapnya semuanya mendapat keputusan yang memuaskan. Ingat berkarya, berkarya juga, jangan lupa belajar. Sebab itu tujuan utama kita. Apapun belum terlambat untuk menguucapkan tahniah kepada teman-teman yang karya mereka disiarkan di mana- mana majalah. Semoga ia menjadi pendorong untuk kalian terus berkarya.Tapi jangan lupa doakan pada teman-teman yang lain, ye la sedih juga kan sebab karya masih belum tersiar. Tak mengapa, cuba lagi mana tahu bulan depan tersiar.Oklah cukup dulu, saya tinggalkan satu puisi untuk tatapan bersama.

Jejak lngkah tersusun atur,
beriringan menuju tujuan.

Sayup kedengaran,
Nyanyian alam menggamit jiwa,
Akhirnya sampai,
destinasi harapan dicita.

Siapakah yang cemburu,
Tatkala kemesraan mula berrputik,
Membuah kasih erat?
hampa,
Ia gugur jatuh,
Hancur reput di tanah duka.

Renunganku jauh,
Menggamit seribu kenangan,
Menjangkau semanis impian.


Salam juang,
Azma

1 komen:

Anonymous said...

DISKUSI KARYA ECERAN MANTAN MPR 2007.

Kepada semua mantan MPR 2000-2006, anda dijemput untuk menghantar cerpen atau puisi yang pernah tersiar di media cetak untuk didiskusikan sempena Pertemuan MPR 20 Tahun. Tujuan diskusi ini adalah untuk mengetengahkan penulis-penulis baru. Karya-karya yang dihantar hendaklah yang pernah tersiar di media cetak pada tahun 2005-2007. Hanya 15 cerpen dan 30 puisi pertama sahaja yang akan dipilih. Diskusi ini akan diadakan pada 14 Julai 2007. Karya-karya tersebut hendaklah dihantar ke emel mantan_mpr@yahoo.com.my Tarikh tutup penghantaran karya ialah pada 30 April 2007. Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah emelkan ke alamat emel yang diberi.

Mohon hebahkan iklan ini. Terima kasih.