salam dari Nissa' Yusof

Tinta mantan mpr 2006 pada 6/28/2007 01:56:00 PM

28 June 2007

Salam Penulisan.

Sekarang sudah masuk separuh bulan Jun. Secara umumnya ramai yang akan kembali sibuk pada bulan Julai. Selamat menyibukkan diri, teruskan menimba ilmu.

buat bangsal di pulau daik,
menahan taut sambil mengilau,
kalau asal benih yang baik,
jatuh ke laut menjadi pulau.

moga kita semua menjadi benih yang baik, dalam apa jua bidang!

-Nissa' Yusof-

1 komen:

firdhaus hassan said...

Selatan Yang Walang

Ranai airmata
menyaksi bayi putih di buaian mesra bonda
terkulai berkeruping darah hitam.

Tragedi berdarah di selatan Kota Thai
masih hangat nafsu kesumatnya
bila benci memagut fikrah kewarasan
saudara majmuk berseteruan
dek perbedaan fahaman
walhal sudah disebut dalam kitab anutan
buana diciptakan bersama bangsa yang pelbagai.

Sudah berjuta rayuan
diutus ke hati yang beku
moga ada yang lepas
ke dalam ruang yang lapang
dalam jiwa yang walang.