Artikel-Artikel Yang Bagus Dibaca

Tinta mantan mpr 2006 pada 12/25/2006 08:19:00 PM

25 December 2006

Salam semua sahabat penulis,

Kepada yang tidak berkesempatan mendapatkan akhbar Utusan Malaysia kerana dah habis diborong Santa Claus,
sila baca artikel berikut secara maya di Utusan Online :

Kudrat Arena Wati Berkarya - baca tentang bagaimana SN ini mempunyai stamina menulis walaupun usia sudah pun melangkaui 82 tahun. Arena Wati juga terkenal sebagai SN yang paling banyak menghasilkan trilogi dalam hayat penulisannya. Ada yang memanggilnya seorang sasterawan marathon - kerana sentiasa menulis.


Menjadi Penulis Buku Prolifik - Tulisan Jeniri Amir - penulis yang prolifik dan paling berdisiplin menghasilkan buku. Ketika sedang menyiapkan tesis PhD di Universiti Malaya, Jeniri masih sempat menghasilkan tidak kurang 3 buah buku. Belajar teknik-teknik ini daripada beliau.

Pak Samad Tiada Noktah Dalam Perjuangan Seni - Baca juga tentang Pak Samad yang sudah mencecah 72 tahun tetapi masih memperjuangkan hak-hak karyanya dan sekaligus memperjuangkan hak penulis yang lain. Tampil memperkatakan tentang buku-bukunya.

Sebagai penulis, kita perlu membaca. Tak kira apa wadahnya. Kalau malas nak baca online. Sila beli akhbarnya.



--
ikhlas,
Nisah Hj Haron
www.nisah.cjb.net
www.ujanailmu.com.my

1 komen:

Zaid Akhtar said...

Ghazali Ngah Azia pernah membuat pengakuan dalam sebuah buku selenggaraan Dr. Othman Puteh,
bahawa dia menulis novel remaja dalam masa 5 HARI, atau paling lewat seminggu!