marilah sama - sama kita menikmati puisi yang tidak seberapa ini
SEMABRUR HAJI
Rinduku pada bumi Mekah,
Tempat mastautin semulia Kaabah,
Waktu bersinar purnama Zulhijjah,
Baitullah tumpuan jutaan jemaah.
Bumi ini tenangnya dalam sesak manusia,
Mencari damai abadi di setiap inci
Masjidil Haram yang suci.
Wilayah Adam dan Hawa mengukir sejarah,
Bertaut cinta selepas bermusim terpisah,
Di tengah lapang Padang Arafah,
Jemaah berwukuf kemuncak ibadah.
Demi nama Tuhan Yang Maha Tinggi,
Mukmin mengharap semabrur haji.
-faizal-
Berita Minggu
31dis2006
Membuat keputusan
-
Hidup kita dibentuk oleh keputusan dan tindakan yang dilakukan pada setiap
saat. Mengambil keputusan untuk menerusan kehidupan ialah sesuatu yang amat
...
4 years ago
4 komen:
Faizal,
Tahniah atas kelahiran puisi ini.
Ada percampuran element tradisional dan moden. Mungkin itu yang menarik perhatia editor.
Teruskan!
tima kasih kak nisah..
khamis ni dah semester baru.. yeah yeah.. camner tah nak bahagikan masa nak belaja ngan berkarya..
Faizal,
Kalau nak cakap tentang disiplin memang senang, tetapi yang punya dirilah yang mesti melaksanakan.
Pilih satu waktu yang paling secocok dengan diri. Pilihan itu terpulanglah, satu hari sekali, dua hari sekali, seminggu sekali dan seterusnya. Pada waktu itu pula, peruntukkan satu tempoh masa. Tak kiralah, sepuluh minit selepas subuh, ataupun 10 minit sebelum tidur ataupun mana-mana waktu yang munasabah dan tentunya tidak diganggu orang.
Pada waktu itu, tulislah sesuatu - apa-apa sahaja yang terlintas di hati. Conteng, coret, catat dan simpan di suatu tempat. Lagi banyak perkara yang tak puas hati - catatkan. Nanti, setelah disimpan, catatan tu kalau tak jadi puisi, mungkin jadi cerpen, esei, novel dsb.
Kalau penulisan ini ditinggalkan lama sangat nanti cepat berkarat. Apabila dah berkarat, nak start balik memang teramatlah payah - macam enjin tak ada minyak enjinlah jawabnya.
All the best! Belajar tetap belajar, tetapi menulis itu tetap seiring...
Terima kasih Kak Nis dengan nasihat tu. InsyaAllah akan saya cuba laksanakan sedaya yang mungkin.
Post a Comment