HEBAHAN PENTING

Tinta mantan mpr 2006 pada 2/23/2007 07:09:00 AM

23 February 2007

Assalamualaikum kepada semua mantan,

Saya telah diundang melalui surat DBP/2-4/sulit/194/20-10 K.2 (39) bertarikh 21 Februari 2007 sebagai wakil Alumni Minggu Penulis Remaja untuk menghadiri saya majlis Taklimat Tentang Kegiatan Alumni Minggu Penulis Remaja pada :

Tarikh : 27 Februari 2007 (Selasa)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Lembaga Pengelola, Menara DBP, Kuala Lumpur.

Tujuan majlis ini diadakan ialah untuk berinteraksi secara langsung dengan pertubuhan, kumpulan ataupun orang perseorangan yang terlibat secara langsung dalam dunia kesusasteraan di tanah air dan antarabangsa bersama-sama DBP.

Saya telah diminta untuk menyampaikan taklimat khas tersebut tentang kegiatan Alumni MPR kepada Jawatankuasa Sastera Lembaga Pengelola DBP.

Antara yang akan saya sampaikan adalah seperti mana berikut :

1. Perhimpunan Mantan MPR 1986 – 2006

2. Penerbitan antologi 20 tahun MPR

3. Diskusi buku alumni/ wacana ilmuan

4. Bengkel penulisan terbuka (untuk bukan MPR tetapi dikendalikan oleh mantan MPR)

5. Ruangan / pojok khusus untuk Alumni MPR dalam Dewan Sastera / Dewan Siswa

6. Bengkel pemantapan penulisan kepada mantan (mengikut genre)

7. Program penulis di sekolah

8. Laporan bengkel Adabuna - GKLN yang baru berlangsung awal Februari lepas.

Sekiranya mana-mana mantan mahu menyampaikan apa-apa maklumat lain ataupun ada hasrat yang perlu saya sampaikan, harap dapat salurkan kepada saya seberapa segera. Insya-Allah, saya akan memanjangkan perkara tersebut kepada pihak Jawatankuasa Sastera Lembaga Pengelola DBP.

Emel saya : nisah.haron@gmail.com ataupun telefon bimbit : 012-305 7123.

Terima kasih.


--
ikhlas,
Nisah Hj Haron
www.nisah.cjb.net
www.ujanailmu.com.my

1 komen:

annyss said...

Harap maklum bahawa mesyuarat yang dijadualkan pada 27 Februari itu telah ditunda ke satu tarikh yang belum ditetapkan.

Sehubungan dengan itu, mana-mana pihak yang masih mahu menyuarakan pendapat ataupun ada sebarang cadangan untuk saya panjangkan kepada pihak DBP, masih boleh berbuat demikian. Harap dapat e-mel terus kepada saya - nisah.haron@gmail.com.

Terima kasih.