Maaf.. Cadangan Penutupan

Tinta mantan mpr 2006 pada 4/23/2008 10:07:00 AM

23 April 2008

Assalamualaikum, akhirnya selepas hampir 3 bulan, saya "log in" semula ke akaun blogger mantan mpr 2006 dan menulis entri ini. Sepatutnya saya wajar menanggung rasa bersalah terhadap pengabaian yang berlaku ke atas blog ini, tetapi saya ada sebab sendiri. Pertamanya kekangan sebagai pelajar yang sebenarnya tidak wajar saya jadikan alasan untuk mengabaikan blog ini kerana saya masih punya masa untuk menguruskan dua (2) blog lain kepunyaan saya sendiri. Tiada alasan kedua atau ketiga.

Nampaknya, blog ini juga sudah sangat berkurangan bilangan pelawatnya, sebabnya mudah saja,kerana sudah terlalu lama tidak dikemaskini. Maka, sebagai orang yang bertanggungjawab membuka blog ini dan saya jugalah sepatutnya orang yang bertanggungjawab memastikan blog ini sentiasa dikemaskini, tapi saya tidak bertindak demikian, saya bercadang untuk mengambil langkah untuk menutup saya blog ini kerana sekarang mantan-mantan MPR pun lebih suka untuk mengisi masa di http://minggupenulisremaja.blogspot.com.

Tidak keterlaluan jika saya kata, blog inilah yang menjadi wadah kepada pembukaan http://minggupenulisremaja.blogspot.com, jika dilihat kepada perbezaan tarikh pembukaan blog ini dan blog http://minggupenulisremaja.blogspot.com. (Maaf kepada "owner" http://minggupenulisremaja.blogspot.com jika kenyataan ini menyinggung perasaan beliau). Berdasarkan maklumat yang saya peroleh semasa MPR 2006 pun, mantan MPR 2006 adalah yang pertama mengadakan blog khas untuk komuniti MPR 2006, tapi sayangnya, saya tidak meneruskan usaha ini dengan bersungguh - sungguh.

Maka saya mengharapkan respon terutamanya daripada mantan MPR 2006 dan mentor mentor semasa MPR 2006 tentang cadangan penutupan blog ini.

Sila respon dengan menulis respon anda di ruang komen. Terima kasih.

-faizal nizam-

10 komen:

Nisah Haji Haron said...

Salam buat moderator dan adinda MPR'06 sekalian.

Atas cadangan moderator untuk menuntup blog ini, saya kurang bersetuju. Biarkanlah sahaja blog ini di sini. Mungkin ada maklumat yang boleh diakses oleh sesiapa pun kelak.

Jika moderator agak sibuk untuk mengendalikannya, mungkin boleh 'pass the baton' kepada ahli yang lain.

Saya faham bahawa mengendali blog bukanlah mudah. Apatah lagi jika tiada entri yang boleh menarik pembaca datang semula ke blog ini. Namun, itu tidak bermakna blog ini gagal.

Mungkin boleh difikirkan juga supaya ada 2-3 moderator untuk blog ini seperti yang dilakukan di laman minggupenulisremaja.blogspot.com. Jadi, sesiapa yang berasa lapang dan mahu menyumbang sesuatu, bolehlah dialu-alukan.

Untuk laman minggupenulisremaja.blogspot.com, tentulah laman itu mendapat lebih sambutan kerana ia bersifat terbuka untuk semua mantan peserta MPR. Jadi, harus fikirkan sesuatu yang boleh menyatukan sendiri ahli-ahli mantan peserta MPR'06 pula.

Salam.

Faizal said...

salam kak nisah. saya sangat berterima kasih dengan respon daripada kak nisah. sebenarnya blog ini juga ada 2 moderator yang lain, tetapi mungkin kerana tiada perkara menarik untuk diletakkan di sini, 2 moderator yang lain juga buntu untuk menulis di blog ini.

tidak dinafikan kebenaran kenyataan kak nisah, betapa blog ini lebih bersifat komuniti untuk mantan MPR 2006 sahaja.

walau bagaimanapun, saya masih menunggu reaksi mantan-mantan mpr2006 yang lain. sudah "pass" url entri ini di blog mereka. juga menunggu reaksi daripada kak raihani.

terimakasih sekali lagi kak nisah.

Nissa' Yusof said...
This comment has been removed by the author.
Nissa' Yusof said...

salam. saya setuju dengan kak nisah.
tak perlu tutup blog ini. memang, mantan MPR suka 'berkumpul' di blog rasmi minggupenulisremaja.blogspot, tetapi blog ini satu-satunya tempat yang mengumpulkan mantan MPR 2006 sahaja. walaupun seperti hidup segan mati tak mahu, tapi saya memang akan masuk blog ini selalu, sekurang-kurangnya seminggu sekali dan saya yakin mantan2 dan mentor2 lain pun begitu.
jadi, tak perlulah tutup, ya.
mungkin juga perlu buat pertukaran mod. boleh dijadikan rancangan tahunan kot, setiap setahun, tukar moderator lain=)

sebagai salah seorang moderator blog rasmi MPR yang satu lagi, saya akui memang blog inilah pencetusnya. jadi tak bolehlah kita biarkan blog ini ditutup..

Faizal said...

saudari nissa'. terima kasih dengan respon yang positif tersebut. saya masih mengharapkan lebih banyak respon lagi. jika majoriti mantan mpr2006 dan mentor2 berpendapat blog ini wajar terus wujud, saya berkemungkinan besar mengambil keputusan untuk menyerahkan blog ini sepenuhnya kepada moderator baru dikalangan mantanmpr2006 sendiri.

jadi jika ada mantan mpr 2006 yang bersedia memikul amanah untuk menghidupkan semula blog ini, sila beritahu saya dengan menghantar emel ke kerd_019@yahoo.com. Saya akan serahkan username dan password kepada yang sanggup. penyerahan kuasa moderator adalah sepenuhnya.

tambahan pula, saya sekarang sudah sangat kurang menghasilkan karya atau terlibat dalam aktiviti sastera.

saya masih menunngu lebih banyak respon.

Kak Rai said...

Salam.

Tutup kedai?Memang blog mantan MPR DBP lebih ramai pengunjung kerana sifatnya yang lebih meluas.Namun 'regular customer' pun masih orang yang sama di blog itu. Mula-mula saya terfikir juga jika blog ni ditutup,mungkin semua boleh bertumpu di blog MPR saja.

Tetapi blog ini pencetus sejarah tersendiri dalam MPR.Maka teruskanlah.Karya mantan 06 boleh disiar bergilir-gilir.Jika tak boleh tulis entri yang bersifat sastera,sesekali buat entri santai.Tanya novel/filem/drama tv kegemaran ke,lepas tu ulaslah kaw-kaw.

Itu cadangan saya.Hidup MPR06!

Nissa' Yusof said...

faizal, pendapat saya, bagi saja id dan password kepada semua mantan 06. jadi siapa-siapa yang nak tulis apa-apa boleh terus updatekan. tak perlu protokol. kalau ada karya tersiar, boleh letakkan sendiri. lagipun semuanya dah besar kan, insyaAllah tak rosak blog ni kalau semua mantan jadi 'penjaga'nya. pendapat sayalah=)

FahdRazy said...

Cadangan saya, semua mantan MPR dijadikan moderator. Rasanya, blogspot boleh setkan supaya boleh diaccess oleh orang lain direct dari akaun org tersebut. Jadi, setkan supaya semua mantan mpr 2006 dapat access, ie tambah entry melalui account masing-masing. Bila dah dah tak ada bahan sangat, kongsilah karya-karya yang tersiar kat media cetak tu di sini. Sama-sama baca, dapatlah up-to-date karya siapa yang keluar terbaru,kemudian jadi arkib. Masing-masing upload sendirilah karya yang tersiar, tanpa perlu bergantung kepada 2-3 orang moderator tu.

Nanti kalau cukup, kalau rajin, ha...bukukan antologi MPR 2006. =)

hani salwah yaakup said...

Salam,

Sebagai salah seorang moderator blog rasmi MPR, saya cadangkan blog ini tidak perlu ditutup. Sememangnya kerana blog ini pencetus kepada blog rasmi MPR. Itu sudah pasti. Anda semua sebagai mantan 2006 patut merasa bangga memiliki blog seumpama ini.

Mungkin apa yang boleh dibuat, fikirkanlah entri yang menarik seperti ulasan novel mantan MPR ke, cadangan aktiviti ke ataupun apa-apa sahaja yang mungkin tidak disentuh oleh kami di blog rasmi mpr.

Harap semoga blog ini terus kekal!

firdhaus hasraf said...

setuju semua mantan sebagai mod, supaya blog di sini lebih meriah dengan cerita masing2. setuju skop cerita/entri yg dihantar mencakupi seni, sastera, dan budaya. terima kasih, wasalam.