Bersatu Bangsa.
Selepas Inggeris dan Jepun selesai beragenda
mereka pulang dengan gembira
lalu kita kutip semula sisa yang tinggal
dan tampal segala lubang-lubang maruah
yang telah ditebuk rakus.
Imbas kembali
saat kepalamu di bawah kaki binatang
sewaktu keluargamu dikerumun syaitan nafsu
dan semasa nafas dijerut tangan raksasa hitam
siapa yang datang membantu
jika bukan bangsamu yang bersatu.
Selepas Inggeris dan Jepun selesai
jangan kita jemput mereka datang
lagi.
MOHD FIRDHAUS HASRAF BIN HASSAN
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.
Membuat keputusan
-
Hidup kita dibentuk oleh keputusan dan tindakan yang dilakukan pada setiap
saat. Mengambil keputusan untuk menerusan kehidupan ialah sesuatu yang amat
...
5 years ago
0 komen:
Post a Comment