Santai

Tinta mantan mpr 2006 pada 6/04/2007 10:35:00 AM

04 June 2007

Tinta Maya Nissa' Yusof


Salam puisi, cerpen dan novel.

Saya rindu untuk lihat blog ni aktif dan sibuk. Macam sewaktu mula-mula dilahirkan dulu. Rasa-rasanya masa kita semua masih panas-panas lai dengan MPR, ramai yan tak henti-henti menulis di sini. Sampai sehari boleh ada dua tiga post!

Tidak ada tajuk rasmi dalam tulisan kali ini, cuma secara santai saya ingin bincangka Mengapa mantan-mantan MPR ramai yang hilang?

Beberapa sebab yang dapat saya kenal pasti,

1) Teknologi

Pada tahun-tahun sebelum 2000, penggunaan teknologi tidak seberapa. Emel pun ramai yang tak ada. Telefon bimbit lagilah susah nak jumpa. Jadi peserta-peserta hanya boleh bertukar nombor telefon rumah dan alamat. Seandainya mereka berpindah rumah, terus, ruan perhubungan hilang.

2) Umur

Sebelum batch kita, had umur peserta bermula dari pelajar sekolah menengah (saya tidak pasti berapa), jadi, kebanyakannya remaja-remaja yang masih boleh dipanggil 'anak kecil' di samping ada juga yang sudah 'besar panjang'. Perbezaan umur sebegini mungkin menyukarkan mereka untuk terus berhubung. yang agak kecil malu dan segan dengan abang2 dan kakak2.

3) Tiada tempat pertemuan

Blog MPR 2006 adalah blog pertama dalam sejarah MPR. Sebelum ini cuma ada Yahoo Groups dan beberapa group yang tidak berjaya mengumpulkan semua mantan. Maka mereka tidak mempunyai tempat atau ruang yang bebas dan mudah untuk berhubung, seperti di blog ini.

Cukup sekadar tiga. Apa yang mahu saya gariskan di sini ialah kita (batch 2006) tidak menghadapi masalah-masalah seperti di atas. Bahkan kita ada lebih lagi. Ramai yang sudah mempunyai blog. Jadi seharusnya kita terus berhubung antara satu sama lain. Sekurang-kurangnya di blog ini. Setakat ini, ada beberapa orang yang saya 'tak nampak'. Ini satu petanda yang kurang baik. Jadi, ayuh! Marilah kita sama-sama meriahkan kembali ruang ini. Bak kata orang, biarlah jauh di mata, asalkan dekat di hati.

Teruskan berkarya. Tulis dan hantar. Walaupun tidak tersiar (macam karya saya), kita mesti terus berusaha. Hadapilah segala rintangan, menulislah walaupun dalam hati. (yeke?)

2 komen:

Rai said...

Hehehe barulah ada posting baru...!

Khas untuk adik-adik MPR yang sering mengeluhkan TIDAK ADA MASA untuk berkarya, Kak Rai yang kiut miut ini mencadangkan supaya dibuat satu catatan. Bangun je dari tidur, catit berapa lama masa yang diambil untuk mandi, makan, solat, berjalan ke kuliah, kuliah, tengok tv, melayari internet dan kerja-kerja harian anda.

Kemudian tengok bakinya. Ke manakah masa yang korang dok cari tu, yang korang dok keluhkan takda tu menghilang?Main sms?Melompat blog?Pergi dating?Assignment melambak?Kena tolong mak jaga adik?

Selamat mencuba ya puan-puan dan tuan-tuan sekelian!

Noor said...

Wah, akhirnya sudah ada juga entri baru.

Tau tak Kak Rai, saya bangun tidur di waktu pagi terus menghadap internet sambil baca berita. Kemudian tangan merayap menaip sesuatu. Tapi yang pasti, bukan sajak yang ditulis.

Sudah saya usahakan untuk menulis sajak tetapi tidak juga berhasil. Mungkin betul juga Kak Nisah, "Jika kita sudah bertukar genre, maka agak susah untuk masuk ke genre yang lain. Terutama bagi penulis yang baru."

Saya sekarang dalam proses menulis novel. Nak masuk ke cerpen amatlah payah. Apatah lagi masuk ke sajak yang kiut itu.

Kadang-kadang jeles dengan Lan. Cerpen pun dia boleh buat, Sajak pun bleh. Lan!!! Apa rahsia? Hehe.