Mencari diri dalam sastera

Tinta mantan mpr 2006 pada 1/28/2007 10:54:00 PM

28 January 2007

Saya bukanlah berasal daripada keluarga yang terlibat dengan sastera. Entah mengapa saya begitu berminat dengan sastera. Benih - benih minat tumbuh makin subur apabila saya mengenal sajak - sajak karya Allahyarham Usman Awang. Saya banyak menulis semasa di sekolah menengah tetapi karya-karya saya ketika itu cuma untuk simpanan sendiri dan banyak yang dah hilang pun.

Apabila masuk kolej, saya semakin perlahan menulis kerna sibuk dengan pelajaran. Alhamdulillah, selepas salah satu karya saya yang kecil dan tidak seberapa tersiar dalam Tunas Cipta, saya ditawarkan oleh DBP untuk menyertai MPR. Saya tidak berfikir 2 kali, bulat - bulat saya terima.

Semasa di MPR, banyak yang saya belajar, terima kasih kepada DBP dan semua mentor. Hari ini, saya berusaha mencari waktu terluang untuk menulis walaupun hakikatnya saya terlalu sibuk, lebih lebih lagi sebagai pelajar jurusan undang undang. Terlalu banyak benda yang nak dibaca, hinggakan hendak membaca karya-karya sasterawan negara dan penulis mapan pun terlalu susah, saya perlu banyak memberi tumpuan kepada 'study', tetapi saya cuba juga mencuri masa untuk membaca karya - karya sastera.

Saat ini, tika saya memegang pena dan hendak berkarya, saya sering memasang niat dalam hati, saya menulis kerna mahu mencari diri saya dan hakikat hidup yang sebenar. Saya cuba menulis atas nama ketuhanan dan perikemanusiaan. Saya bukan manusia terbaik untuk bercakap tentang ketuhanan dan perikemanusiaan, tetapi saya mahu mencuba. Dalam pada masa yang sama saya mahu mengubah diri menjadi manusia yang lebih baik melalui karya-karya saya.

Perjalanan sastera saya terlalu baru, tersangat hijau, masih jauh, terlalu jauh. Saya tahu saya mesti sabar dan tekun, tetapi itulah, status sebagai pelajar undang undang mengekang saya untuk istiqamah dalam berkarya. Saya harapkan sokongan kalian kepada saya untuk saya terus sabar dan tekun berkarya, tidak putus asa.

Memang, saya mencari diri dalam sastera.

-faizal-

4 komen:

Anonymous said...

bukan anda sahaja di cemburui masa untuk terus berkarya....ramai yang begitu.tapi, jom kita terus mencuba dan mencuba sela masa untuk berkarya.anda masih rasa kehangatan MPR.jadi, jangan bazirkan ya.sangat rugi.percayalah cakap saya kerana telah menyejuk bekukan ilmu-ilmu di MPR dahulu beberapa tahun dan saya sangat menyesal.
bersusaha....
=)

kingbinjai said...

wahhh apa ni ek? emm saya pun mencari

Anonymous said...

betul kata2 ode.. asahlah menulis walaupun sebaris.. ini adalah pesanan kak nisah kan
lalu mari kita pacu kembara kencana untuk menulis dan terus menulis...
jgn lupa homework MPR juga

Aidil Khalid said...

Elok dibetulkan ejaan 'kerna' itu kepada ejaan yang betul, 'kerana'. Saya tidak tahu, sama ada itu typo error atau disengajakan, tapi saya perasan ada dua kali saudara menggunakan ejaan begitu dalam entri ini. Kebelakangan ini, saya lihat ramai pula orang yang cenderung mengeja begitu.