Puisi Daripada Penghuluwati

Tinta mantan mpr 2006 pada 1/02/2007 11:35:00 AM

02 January 2007

catatan : Sajak ini terilham selepas hukum gantung ke atas saddam hussein dijalankan.

"....apabila kamu menetapkan hukuman di antara manusia, hendaklah kamu menetapkannya dengan adil" (an-nissa':58)

10 ZULHIJJAH

10 Zulhijjah

Langit arafah

merah metah

Dunia meratap

Tali disentap

Bush meleret senyum :

Adil sungguh!

Gemulah Saddam :

Esok bumi pasti berpesta

Bila Bush hilang kata

-izzah- penang 1138am

2 komen:

Anonymous said...

Salam Izzah,
Memulakan sajak dengan cuplikan, bukan ciplakan ye, tidak salah. Sama ada ucapan seseorang, sajak atau lirik lagu, dialog filem dan ayat-ayat suci-tidak salah. Malah ada sajak yang lebih pendek daripada cuplikan yang menjadi mukadimah sajak. Tetapi pastikan sajak itu sendiri berkesan. Jika tidak, cuplikan awal tadi akan lebih membayangi sajak sedangkan sajak tu yang kita nak highlight.

Percubaan yang baik,anyway. Komen ikhlas ni tau dik.Hehehe!

Anonymous said...

mari berdoa supaya musuh-musuh Allah yang menjadi dalang kepada kepincangan umat Islam hari ini dibinasakan oleh Allah Ta'ala.