pantun suka hati

Tinta mantan mpr 2006 pada 1/24/2007 05:05:00 PM

24 January 2007

PANTUN SUKA HATI

Dicipta secara suka hati oleh Nissa’ Yusof


Berbuah rambutan di tepi padang
Ambillah tuan buat berkelah
Meskipun leher di hujung pedang
Jangan sekali mengaku kalah

Tengku Muda menjala siakap
Sambil menghisap tembakau cina
Usah dihirau orang bercakap
Ayuh kita tajamkan pena

Tumbuh lalang di pinggir kali
Datang mamak habis ditebas
Biarlah orang tidak peduli
Asalkan kita berniat ikhlas

Masak ranum si buah duku
Cantik kuning si buah nangka
Inilah saja hasil tanganku
Untuk kita bersuka-suka

2 komen:

Anonymous said...

rima untuk perkataan kedua setiap baris...kalau dimurnikan seperti rima akhir setiap baris akan jadi lebih cantik.

Anonymous said...

Nila cuka tak boleh dimakan
Goreng papadom dengan tauhu
Bila suka berpantun sakan
kalau mandom apa pun tak mahu!

Sungguh lebat pohon puding
ambil bakul buat jinjingan
sungguh sahabat tempat berunding
langit dipikul terasa ringan.