Pantun Untuk Adik-Adik Protege

Tinta mantan mpr 2006 pada 12/22/2006 11:02:00 PM

22 December 2006

Salam Mentor Protege,

Ke Daik ke Bangkahulu
surat berkajang sebanyak kertas
fikiran baik tak datang selalu
ibarat kijang jarang melintas.


Ke Daik ke Bangkahulu
perahu bota layar-layarkan
fikiran baik tak datang selalu
mari kita tukar-tukarkan.

(Pantun-pantun ciptaan Raihani Mohd.Saaid)

Haa sapa boleh jawab, akan dibelanja ABC!Sapa boleh ulas pun akan dibelanja juga.

2 komen:

Anonymous said...

KAK, SAYA NAK JAWAB SOALAN AKAK TU:

1. SAYA DAH ANTO 2 SAJAK KAT AKAK, AND 1 CERPEN KAT KAK NISAH

2. SAYA LUM LAWAT LAGI BLOG MAK AKAK. APE ALAMATNYA EK?

3. UPM BUKAK 3HB JAN 2007, TAPI SAYA DAH BALIK SANA 1HB JAN 2007.

4. ANJIR? TAMAN SAYA TAK KENA, TAPI DEKAT2 SKUDAI TU DAH TENGGELAM GAK LA...

ZULFAZLAN JUMRAH

annyss said...

Fazlan,
Akak rasa pada papan kekunci dia ada butang 'shift' untuk huruf besar dan huruf kecil ketika menaip. Tak tahulah kalau-kalau butang 'shift' Fazlan rosak, sampai semua ayat jadi huruf besar.

Tatabahasa! Tahabahasa!
Biasakan yang betul,
betulkan yang biasa.

Senyum, senyum. Jangan marah!