Ucapan Tok Penghulu

Tinta mantan mpr 2006 pada 12/21/2006 03:45:00 PM

21 December 2006

Assalamualaikum rakan-rakan sekalian.

Alhamdulillah.Buat pertama kalinya tok penghulu ingin memberikan ucapan di dalam blog ini. Seiring dengan kemajuan teknologi masa kini, maka kita tidak seharusnya ketinggalan untuk sama-sama memanfaatkan kemudahan yang ada.

Kita seharusnya berbangga kerana dengan limpahan kemajuan yang diterokai negara, kita dapat berhubung antara satu sama lain dengan mudah, cepat, murah dan efisyen. Saya selaku mantan tok penghulu MPR 2006, ingin melahirkan rasa gembira yang tidak terhingga kerana berkat usaha kita bersama, kita dapat mewujudkan blog kita sendiri. Kalungan icapan terima kasih ini tidak salah sekiranya saya tujukan lebih2 lagi kepada faizal, amli & yana yang bertindak selaku jentera kita. Semoga kalian bertiga dapat terus menyumbang bakti buat kebajikan kita semua. Saya juga berharap agar rakan-rakan yang lain terus memberi sokongan kepada blog kita ini, demi memastikan usaha ini bukan sekadar melepaskan batuk di tangga.

Akhir kata dari saya, semoga kita dapat bernafas pada udara yang sama, meski bermimpi menggapai kartika dengan cara berbeza. Semoga kita bertemu lagi di lain bicara. Sekian, terima kasih.

Perutusan Maya,

ZULFAZLAN JUMRAH
PENGHULU MPR 2006.

2 komen:

fakhrul ali ibnu al-fuadi said...

InsyaAllah ...

-faizal-

Anonymous said...

Salam selendang panji,
Barulah nampak perutusan mohor besar Tok penghulu kita...mesti tersangkut naik Air-Asia kat Chicago ni!Tahniah kerana anak-anak buah anda (anak dan buah...hahaha!)berjaya menzahirkan blog ini. Huk...huk...huk...jangan melepaskan batuk di lif!

Beta juga ingin peringatkan, siapkan seberapa segera artikel respon yang Dewan Sastera mahu tu. Lan, ada beberapa soalan cepumas ni. Satu, bila nak hantar sajak kat akak? Dua, dah tengok blogspot mak akak belum?Tiga, UPM buka bila?Empat, rumah kena banjir teruk tak?
Jawab jangan tak jawab!

-Rai-