Warkah Fieda

Tinta mantan mpr 2006 pada 12/25/2006 08:39:00 PM

25 December 2006

Coretan rasa,
Fieda (ASWARA)


Assalamualaikum semua,

Sebelum Fieda berceloteh dengan lebih lanjut lagi, Fieda nak ucapkan tahniah kepada saudara Faizal yang mana telah bertungkus lumus untuk menjayakan blog khas buat mantan-mantan MPR 2006. Tahniah!!! (dah macam nak ambil awards pula hehehe...). Nampaknya beban saudara Faizal akan bertambah ringan bila dibantu oleh saudara Amli dan saudari Yana untuk menjayakan blog khas MPR yang seterusnya.

Setelah hampir seminggu kita pulang dari Minggu Penulis Remaja, macam mana? Dah ada yang mula berkarya? Fieda pasti sudah ada di antara kita sekarang ini sudah sibuk mencari pelbagai bahan untuk dimuatkan dalam karya anda semua. Sibuk menanyakan karya pula. Sepatutnya tanyalah sihat ke? Apa ke? Okey-okey, macam mana semua, sihat? Fieda harap semuanya dalam keadaan stabil. Jangan pula sampai tak lalu makan duk memikirkan idea-idea karya hehehe…

Sebenarnya tak ada sebab yang penting pun nak tulis di sini, cuma… nak minta jasa baik rakan-rakan yang pintar-pintar ni memberi sedikit cadangan mahupun komen tentang apa yang sarat di kepala otak Fieda ni. Dah tak tahu nak keluarkan macam mana. Dah beku agaknya .

Fieda berhajat untuk membuat sebuah novel remaja yang berkisarkan tentang seorang remaja perempuan yang tidak betah duduk di kampung. Namun, di atas sebab-sebab tertentu, dia terpaksa duduk di kampung sehinggalah dia mula kenal apa itu kedamaian yang tersembunyi di sebalik kesunyian kampung itu. Yang menjadi masalahnya di sini, Fieda seakan-akan terikut-ikut rentak novel popular yang mana sebelum ini Fieda buat (dah selesai dan terpaksa membatalkan niat untuk diterbitkan).

Fieda dah dapat apa motif utama yang Fieda ingin sampaikan kepada pembaca. Tapi… apabila dibaca kembali, apa yang digarapkan seolah-olah membaca novel popular (mungkin penggunaan bahasa). Dengan itu, sukacita dimaklumkan bahawa Fieda berharap dan sangat memerlukan pandangan dan juga komen-komen rakan-rakan sekalian. Kalau para mentor terbaca apa yang diluahkan ini, para mentor juga dialu-alukan untuk memberi pandangan.

Rasanya ini sahaja yang nak disamapaikan. Nanti kalau berceloteh lama-lama, tak ada space untuk orang lain pula hehehe… bila agaknya kita akan berkumpul kembali. Bertukar pengalaman dan juga pendapat. Semoga alam maya ini dapat mengeratkan lagi silaturahim antara kita. Wassalam.

4 komen:

annyss said...

Salam Fieda,
Agak sukar untuk buat andaian, jika tidak melihat manuskripnya terlebih dahulu. Mungkin pada Fieda, naskhah itu kelihat seperti karya popular. Untuk membuat sebarang perubahan / editing, dengan hanya mengetahui jalan cerita, agak tidak adil kepada Fieda sebagai pengarangnya.

Jika susah sangat, simpan novel itu. Jangan dibuka lagi. Lupakan.

Tulis sebuah karya lain dengan mesej yang sama tetapi menggunakan nada yang berlainan. Jangan ditinjau-tinjau karya yang pertama itu. Biarkan ia di sana.

Insya-Allah, karya kedua ini akan menjadi lebih baik tanpa merujuk karya pertama. Dan diharapkan lebih baik juga kerana Fieda sudah mendengar banyak pendapat / ilmu sepanjang MPR yang lalu.

Inilah masanya untuk mempraktikkan!

Anonymous said...

HM...KENAPA TALKUT2 NAK TERBITKAN KARYA TU? JANGAN RISAU SAMA ADA NOVEL TU MACAM MEMPUNYAI RENTAK NOVEL POPULAR. KALAULAH DISEBABKAN PENGGUNAAN BAHASA, CUBA GUNAKAN BAHASA YANG LEBIH DEKAT DENGAN TEMA. NOVEL TU NOVEL REMAJA,KAN? JADI BAHASA PUN MESTILAH REMAJA. JADI LAN RASA TAK TIMBUL SOAL BAHASA TU MENCERMINKAN NOVEL FIEDA TU NOVEL POPULAR. CUMA ELAKKAN MENGGUNAKAN SKOP ATAU PLOT YANG KETERLALUAN SEPERTI AKSI YANG BERBAUR LUCAH, TERLALU KEJAM, AYAT ATAU PERKATAAN YANG MENCARUT. GUNAKAN BAHASA YANG BIASA, BAHASA YANG DITUTURKAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN. TAPI PASTIKAN PENGGUNAANNYA MASIH TERKAWAL DAN TIDAK TERLALU MENONJOL.

LAKARKAN TEMA YANG RINGAN DAN TIDAK MEMBEBANKAN PEMBACA, KERANA PEMBACA TAK SUKA PADA TEMA YANG TERLALU BERAT TERUTAMANYA REMAJA. LAKUKAN BEBERAPA KELAINAN SEPERTI KEJUTAN ATAU PERISTIWA2 YANG TAK DAPAT DIJANGKA OLEH PEMBACA. JANGAN STEREOTAIP ATAU KLISE. CARA INI AKAN MENYEBABKAN PLOT CERITA LEBIH BERBEKAS DI HATI PEMBACA.DENGAN ITU, MESEJ YANG INGIN DISAMPAIKAN AKAN BERBAUR ANTARA REALITI DAN IMAGINASI PEMBACA. OK? TERUSKAN USAHA. SEMOGA LEBIH LESTARI!

- ZULFAZLAN JUMRAH-

Anonymous said...

Salam Fieda,
Apa jua karya yang hendak dihasilkan, hormat dulu diri sendiri sebagai karyawan. Kemudian hormat khalayak.

ASWARA oh ASWARA...

-Kak Rai-

yana said...

wah Lan, mengapa semuanya huruf besar.. sukar metah saya mahu membacanya..

fida, buka buku baru.. yang lama itu jadikan teladan. haha kenangan ke?